Kejadian Hitam Di One Borneo Hypermall

loading...
Si ibu membongkok seketika untuk membelek-belek barangan, namun apabila berpusing mendapati anak perempuannya yang baru berusia empat tahun telah hilang daripada pandangannya. Jom ikuti kisah ini..


Artikel kali ini tiada kena mengena dengan mana-mana hantu, makhluk halus atau sebarang entiti ghaib. Untuk entri ini, admin kisah seram akan berkongsi mengenai satu kisah benar tentang kejadian hitam yang berlaku di pasaraya One Borneo Hypermall Kota Kinabalu, Sabah. Perkongsian ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan kita semua.

oneborneo
Cerita ini bermula apabila seorang ibu bersama-sama anak perempuan kecilnya sedang membeli-belah di dalam pasaraya One Borneo Hypermall. Ketika itu si ibu sedang membongkok untuk membelek-belek barangan keperluan harian, namun apabila berpusing mendapati anak perempuannya yang baru berusia empat tahun telah hilang daripada pandangannya. Azman (bukan nama sebenar) berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tetapi hampa.
Azman kemudian bergegas meminta seorang pekerja keselamatan lelaki pasaraya One Borneo untuk mengumumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan Azman untuk membuat panggilan telefon.
culik
Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar One Borneo dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya tiga minit masa yang diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Lima minit kemudian mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal dan tidak terurus.
Kepala kanak-kanak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Terdapat sebuah beg yang mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di atas lantai bersebelahan dengannya untuk menukar wajah kanak-kanak malang itu. Sesiapa pun yang melakukannya iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, mencukur rambut dan menukar pakaiannya, melakukan semuanya kurang daripada tempoh sepuluh minit. Ini buatkan ibu tersebut menggigil tak sudah-sudah memikirkan nasib anaknya sekiranya terlambat dijumpai.
Hanya beberapa minit masa yang diperlukan untuk melakukan semuanya, melarikan, menukar rupa dan penampilan kanak-kanak tersebut. Jika si ibu itu tadi lewat bertindak, walaupun hanya lima minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya di bawa keluar dan belum tentu akan dapat dijumpai semula dalam keadaan selamat.
oneborneo
Justeru, tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat awam atau di mana-mana sahaja. Sedikit kecuaian boleh menyebabkan kita dengan mudah terpisah dengan mereka terutamanya di tempat-tempat tumpuan ramai seperti di gedung membeli-belah. Jangan disebabkan kita terleka, anak-anak kecil kita menjadi mangsa manusia yang rakus dan kita pula menyesal seumur hidup.
Sumber informasi cerita ini diperolehi daripada perkongsian seorang rakan. Ia merupakan maklumat terbaru dan perlu disebarkan kepada orang awam sebagai peringatan bersama. Jika anda tidak mempunyai anak kecil sekali pun, maklumat ini patut disebarkan kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini.
loading...

0 Response to "Kejadian Hitam Di One Borneo Hypermall"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close