loading...
Admin ingin berkongsi dengan anda semua, tentang satu kisah di mana seorang ustaz telah menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, terdapat suatu lembaga sedang asyik menjilat air mandian mayat di bawah sebuah rumah yang baru sahaja tuannya meninggal dunia. Apakah sebenarnya yang terjadi?
Kisah ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Abdul Aziz kepada seorang wartawan bernama Johan Iskandar mengenai kisah seorang nelayan yang ditimpa penyakit misteri yang berbulan-bulan ditanggung sehingga menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya gara-gara membela hantu raya bertujuan membantu setiap pekerjaan hariannya ke laut menangkap ikan.
Nelayan yang diceritakan itu bernama Pak Sahak. Pak Sahak menghembus nafasnya yang terakhir setelah mengalami sakit misteri selama berbulan-bulan dan suasana sedih menyelubungi keluarga arwah. Keperitan yang ditanggung oleh Pak Sahak semasa nazak memberi keinsafan kepada isterinya, Mak Munah dan 3 anak bujang lelakinya Halim, Khairul dan Syamil.
Pak Sahak cukup gagah dan masih tegap seperti orang muda walaupun usianya yang sudah mencapai 80-an, begitulah menurut penduduk kampung arwah . Pak Sahak tidak pernah mengeluh biar pun penat apabila melakukan kerja hariannya ke laut menangkap ikan. Jika dilihat dari segi kerja Pak Sahak, orang muda pun tidak akan mampu melakukan sepertinya. Tetapi bagi Pak Sahak kerja berat menarik pukat bersendirian tidak pernah membuatnya sakit atau letih. Begitulah juga dengan selera Pak Sahak membuatkan isterinya sering merasa hairan.
Orang lain yang seusia dengan Pak Sahak selalunya sudah kehilangan selera makan dan nafsu seks. Tetapi berbeza pula dengan Pak Sahak yang selalu bertenaga dan berselera besar. Mak Munah pula menyangka suaminya cukup sihat dan kuat kerana mengamalkan ubat akar kayu. Oleh kerana kekuatannya yang luar biasa, Pak Sahak menjadi buah mulut penduduk kampung yang memuji dan kagum dengan kehebatannya.
Seperti kebiasannya Pak Sahak hanya bersendirian melakukan kerja sebagai seorang nelayan. Dia sangat kuat bekerja di laut. Subuh-subuh lagi dia sudah keluar ke laut dan sekitar jam 8 pagi dia sudah pulang membawa banyak hasil laut yang cukup berbaloi untuk keluarganya. Oleh kerana ketiga-tiga anaknya bekerja di bandar Pak Sahak melakukan semua kerja itu seorang diri walaupun ramai yang meragui kemampuannya.
Segagah dan sekuat mana pun seseorang itu, takdir dan kematian yang telah ditentukan tidak boleh di elak. Akhirnya Pak Sahak jatuh sakit secara mengejut. Apa yang peliknya beliau tidak menghadapi sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahupun buah pinggang. Sakit yang dialaminya cukup menyeksakan sehingga dia hanya mampu terbaring kaku di atas katil. Walaupun dalam keadaan sakit, seleranya tetap sama seperti dulu.
Rutin makan seharian Pak Sahak selalunya ialah nasi bersama seekor ayam bakar. Sebaik saja dihidangkan kepadanya, sekelip mata sahaja Pak Sahak boleh menghabiskan makanan itu seperti orang sedang kelaparan yang teramat sangat. Dia selalu merengek meminta makanan walaupun baru sebentar tadi sudah dihidangkan kepadanya. Isterinya merasa sangat pelik dengan sikap suaminya yang luar biasa itu. Sepanjang hidupnya bersama Pak Sahak belum pernah dia melihat suaminya melahap makanan sebanyak itu dalam masa yang singkat.
Semakin hari penyakit Pak Sahak semakin parah. Setiap hari ada saja penduduk kampung datang ke rumahnya untuk melawat Pak Sahak dan membacakan Yassin. Setiap kali dibacakan Yassin, Pak Sahak akan meraung kepanasan. Beberapa orang doktor pernah datang ke rumah Pak Sahak untuk merawat penyakitnya, namun selepas diperiksa mereka berkata Pak Sahak tidak mengalami sebarang penyakit. Mereka percaya bahawa Pak Sahak mengalami penyakit tua disebabkan usianya yang telah lanjut. Semakin hari muka pak Sahak semakin pucat dan kelihatan kehitam-hitaman seperti terbakar cukup menggerunkan.
loading...
0 Response to "PERGHHH SERAM BAIK...!!!! Hantu Raya Jilat Air Mayat Tuannya"
Post a Comment