Saintis Australia: Analisis baharu menguatkan kemungkinan penemuan MH 370 di kawasan carian baharu

loading...
Saintis Australia: Analisis baharu menguatkan kemungkinan penemuan MH 370 di kawasan carian baharu
SYDNEY: Analisis serpihan hanyut di laut (ocean debris drift analysis) yang baru mendapati pesawat MH 370 yang hilang kemungkinan besarnya berada dalam lingkungan kawasan carian baharu yang ditolak kerajaan Australia dan Malaysia pada bulan Januari lalu, jelas agensi saintifik kerajaan Australia pada hari Jumaat lepas.
Misi pencarian yang menelan belanja $150.55 juta (RM 662.53juta) itu digantung sementara apabila kedua-dua buah negara tersebut menolak cadangan untuk meluaskan misi pencarian sejauh 120 000 km per segi ke utara kerana merasakan cadangan kawasan carian baharu itu tidak tepat.
Analisis serpihan hanyut tersebut mencadangkan bahawa pesawat Boeing 777 yang hilang itu mungkin berada di sebuah zon 25 000 km per segi yang lebih kecil dalam kawasan pencarian utara yang dicadangkan itu.
“Analisi terbaru ini menambah keyakinan kami terhadap penemuan kami sebelum ini,” kata Dr David Griffin, saintis pengkaji utama di institut Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation (CSIRO).
Laporan CSIRO itu menggunakan data dan analisis daripada ujian laut yang dikendalikan pada serpihan flaperon Boeing 777 sebenar yang ditemui di Pulau Reunion pada tahun 2015 berbanding model kayu dan logam yang digunakan dalam kajian sebelumnya.
Lokasi pesawat MH 370 yang hilang dalam perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Beijing ini menjadi misteri penerbangan terbesar di dunia.
Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester, berkata, dia mengalu-alukan penemuan terbaru CSIRO tersebut tetapi turut menegaskan bahawa laporan itu tidak memberikan bukti baru yang boleh membawa kepada lokasi spesifik MH 370.
Tambahnya, salinan laporan itu telah dihantar ke Malaysia untuk pertimbangan dalam siasatan yang sedang dilakukan untuk mencari pesawat tersebut.
“Malaysia ialah penyiasat utama dan sebarang permintaan pada masa hadapan yang berkaitan dengan pencarian MH 370 akan dipertimbangkan oleh Australia pada masa itu,” kata Chester.
Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

loading...

0 Response to "Saintis Australia: Analisis baharu menguatkan kemungkinan penemuan MH 370 di kawasan carian baharu"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close