【Video】6 diktator yang melakukan kekejaman paling dahsyat pernah tercatat dalam sejarah

loading...


Diktator paling kejam dalam sejarah dan diktator ke-6 masih wujud sehingga kini 😲😲😲



【Video】6 diktator yang melakukan kekejaman paling dahsyat pernah tercatat dalam sejarah
Konsep diktator atau pemerintah berkuasa mutlak telah wujud semenjak zaman Rom lagi. Diktator menjalankan pemerintahan yang bersifat ‘kuku besi’ dan menggunakan kekerasan dan penindasan.
Artikel ini akan memaparkan enam diktator yang paling kejam pernah tercatat dalam sejarah dunia!
1. Adolf Hitler (1889 – 1945)
Diktator ini mula memegang tampuk pemerintah sekitar tahun 1930 dan merupakan individu yang bertanggungjawab dalam melakukan kekejaman paling dahsyat dalam sejarah awal.
Dalam tempoh 1941 hingga 1945, Hitler telah mengeluarkan arahan untuk melakukan pembunuhan kaum beramai-ramai yang melibatkan seramai 11 juta orang di mana 6 juta daripada merupakan masyarakat Yahudi.
Pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Nazi tersebut turut melibatkan etnik PoleSlav, rakyat Soviet sendiri, masyarakat Rom, komunis, individu homoseksual, orang kurang upaya, golongan Freemason dan sebagainya.
Kanak-kanak Rom di Auschwitz yang dijadikan bahan ujikaji perubatan
Kredit: wikipedia
Pembunuhan manusia beramai-ramai di Rusia
Kredit: historyplace.com
Lambakan mayat di Dachau pada tahun 1933
Seorang ibu yang sedang memeluk anaknya sebelum ditembak mati oleh askar Nazi
Kredit: tumblr.com
Masyarakat Yahudi yang dibunuh pada Oktober 1941 di Serbia
Kredit: nytimes.com
2. Joseph Stalin (1878 – 1953)
Nama pemimpin Soviet kelahiran Georgia ini mula meningkat setelah kematian Lenin pada tahun 1924 yang terkenal dengan penubuhan kem Gulag. Ia merupakan sebuah kem yang menjadikan buruh paksa untuk bekerja sehingga mati.
Swaktu pemerintahan Stalin, kira-kira 14 ke 20 juta rakyat mati di kem Gulag dan dibunuh sekitar tahun 1930-an.
Rusia akhirnya mengaku telah menyembelih seramai 20,000 pegawai Polish officers di Katyn atas arahan Stalin
Penemuan mengejutkan:
Tentera Jerman mengorek kubur di hutan Katyn yang mengandungi mayat yang dibunuh atas perintah Stalin pada April 1940
Stalin cuba untuk mengekalkan posisinya sebagai pemimpin Soviet Union dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai sehinggalah tiba detik kematiannya pada 1953.
Kesemua mangsanya dibunuh dengan cara ditembak pada belakang kepala, diseksa, dipukul, dibiarkan kelaparan, penyakit dan juga dipaksa bekerja sehingga mati.
3. Pol Pot (1925 – 1998)
Pemimpin Khmer Rouge dan diktator Kemboja daripada 1975 hingga 1979, Pol Pot merupakan individu yang bertanggungjawab secara langsung dalam salah satu sejarah pembunuhan beramai-ramai yang kejam.
Pembunuhan beramai-ramai yang dilaksanakan oleh rejim Khmer Rouge dianggarkan telah meragut nyawa antara satu ke tiga juta rakyat Kemboja.
Dasar dan polisi yang dijalankan melibatkan penempatan semula penduduk di pusat bandar, penyeksaan, pembunuhan, penggunaan buruh paksa, kekurangan zat makanan dan penyakit telah menyebabkan kematian sebanyak 25% daripada jumlah populasi.
Pemerintahan yang kejam dan kegiatan pembunuhan beramai-ramai ini telah berakhir pada 1979 apabila Vietnam berjaya menakluki Kemboja.
Menjelang tahun 2009, sebanyak 23,745 kubur besar telah ditemui.
Tentera Khmer Rouge ketika sedang melalui Phnom Penh pada 17 April 1975.
Kanak-kanak pelarian Kemboja sedang menunggu bantuan makanan di luar kawasan Phnom Penh pada 1975.
Kredit: AP Photo/Tea Kim Heang aka Moonface
Penjara Tuol Sleng yang menjadi tapak pelaksanaan hukuman mati kepada lebih 20,000 orang ketika era pemerintahan Khmer Rouge.
Kredit: theodysseyonline.com
Salah satu tapak pembunuhan
28 Februari 1979, Phnom Penh, Kemboja
Kredit: Bettmann/CORBIS
Hubungan kekeluargaan adalah dilarang sama sekali dan kanak-kanak dipaksa oleh Khmer Rouge untuk menganggap ‘Angka’ iaitu individu yang berada pada tahap tertinggi dalam organisasi tersebut sebagai ibu dan bapa mereka.
Malah, Khmer Rouge turut mengeksploitasi kanak-kanak dengan memaksa mereka untuk menembak mati ibu bapa kandung sendiri.
Kanak-kanak berumur 5 ke 9 tahun diajar untuk membunuh manusia.
Kredit: Pinterest
4. Mao Zedong (1893 – 1976)
Bekas pemimpin China ini pernah memegang tampuk pemerintahan selama 27 tahun dengan mengetuai gerakan kiri dan menghapuskan nilai serta adat tradisi masyarakat China.
Menjalankan pemerintahan yang bersifat komunis, diktator China yang kejam ini mengambil keputusan untuk melakukan pembunuhan pada skala yang besar!
Dalam satu laporan pada tahun 1948, Mao dikatakan membuat kenyataan bahawa ‘satu per sepuluh daripada golongan petani (anggaran 50,000,000 orang) haruslah dihapuskan untuk meningkatkan produktiviti pertanian’.
Namun dipercayai jumlah sebenar rakyat yang dibunuh adalah sekurang-kurangnya satu juta.
Bukti menunjukkan seramai satu juta tuan tanah dibunuh pada awal zaman reformasi.
Parti Komunis China yang dikelola oleh Mao Zedong mempunyai matlamat untuk mengubah sektor ekonomi negara tersebut secara drastik daripada sektor pertanian kepada perindustrian.
Para sarjana menyimpulkan bahawa berlaku sekurang-kurangnya 18 juta rakyat menjadi korban sepanjang pemerintahan Mao.
Melalui penyelidikan lanjut oleh Yu Xiguang, gerakan pembunuhan berskala besar yang dijalankan telah meragut hampir 55 juta nyawa rakyat yang tidak bersalah.
Bagi sejarawan Frank Dikötter pula, ‘paksaan, kegerunan dan keganasan sistematik’ telah menjadi pemangkin kepada pembunuhan manusia yang paling ramai tercatat dalam sejarah.
Salah seorang pemimpin Heilongjiang dan juga Setiausaha Parti Daerah, Wang Yilun dipaksa memakai poster yang ditulis dengan tuduhan ‘elemen anti revolusi’.
5. Kim Jong-il (1941- 2011)
Kredit: The Telegraph
Kim Jong-il pernah menjadi individu yang paling berkuasa di Korea Utara dari tahun 1994 sehingga 2011.
Kekejaman yang seringkali dilakukan adalah dengan membiarkan rakyatnya kebuluran dan jika mereka terlalu lemah untuk bekerja, Kim akan menyeksa mereka dengan pelbagai kaedah.
Antaranya adalah melemaskan, menembak mati, mengelar dan dimasukkan ke dalam ruang yang diisi dengan gas beracun.
Di dalam kem buruh paksa tersebut, bayi yang baru dilahirkan akan disuntik dengan cecair yang akan menyebabkan pembengkakan seterusnya ditanam hidup-hidup atau dilemaskan.
Kredit: asianews.it
Setakat ini, pemerintahan dan kekejaman Kim Jong-il merupakan pemerintahan yang paling kejam dan tidak berperikemanusiaan semenjak abad pertengahan.
Kira-kira dua juta rakyat dibunuh sewenang-wenangnya. Akhirnya, Kim Jong-il mati pada 17 Disember 2011.
6. Jiang Zemin (1926 – 2017)
Jiang mula berkuasa pada tahun 1989 selepas mempamerkan ketegasan ketika protes pro-demokrasi di Beijing dan Shanghai.
Sepanjang Jiang memegang tampuk pemerintahan, diktator kejam era moden ini telah melaksanakan pembunuhan kejam ke atas jutaan rakyat yang berpegang kepada kepercayaan Falun Gong sebagai langkah untuk “menstabilkan masyarakat secara keseluruhannya”.
Penganut kepercayaan Falun Gong berarak di New York pada 15 Mei 2015 dengan memegang potret beberapa penganut Falun Gong yang telah dibunuh di China.
Kredit: Benjamin Chasteen/Epoch Times
Kekejaman yang paling ekstrem oleh Jiang adalah pelaksanaan hukuman bunuh ke atas pengamal kepercayaan Falun Gong.
Falun Gong merupakan aktiviti spiritual masyarakat China yang menggabungkan meditasi dan amalan moral untuk meningkatkan diri pengamalnya.
Amalan ini telah diamalkan oleh lebih 100 juta individu di serata dunia dan pernah dianugerahkan dengan 2,000 penghargaan serta pengiktirafan daripada pelbagai negara.
Pengamal Falun Gong di Perancis pada tahun 1999
Penyeksaan ke atas pengamal aktiviti meditasi ini bermula di China pada tahun 1999 dan masih berlanjutan sehingga ke hari ini.
Menurut laporan Minghui.org, sebuah laman yang memberikan maklumat utama tentang pelaksanaan pembunuhan tersebut menyatakan bahawa atas perintah berkuasa Jiang, ramai pengamalnya dijatuhi hukuman mati dan sebahagian lagi dipenjarakan.
Antara kaedah penyeksaan yang dilakukan ke atas pengamal Falun Gong.
Sumber: Minghui.org
Jiang Zemin sememangnya merupakan seorang individu yang kuat cemburu dan juga lemah sifat kemanusiaan.
Sejak Mei 2015, lebih 200,000 rakyat China dan pengamal Falun Gong memfailkan aduan terhadap Jiang Zemin atas perilaku jenayah ke atas manusia yang dilakukannya.
Perkara ini menjadikan Jiang sebagai diktator yang menerima aduan kes jenayah paling banyak.
Pengamal Falun Gong membawa gambar mereka yang telah mati akibat diseksa di China.
Kredit: Epoch Times
Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

loading...

0 Response to "【Video】6 diktator yang melakukan kekejaman paling dahsyat pernah tercatat dalam sejarah"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close