Biarkan Pelawat Hospital Duduk Atas Lantai,Ini Jawapan Doktor Malaysia

loading...
Biarkan Pelawat Hospital Duduk Atas Lantai,Ini Jawapan Doktor Malaysia
Baru-baru ini, menerusi sebuah grup di laman Facebook, adanya netizen membuat 'laporan' tentang keadaan di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh yang dikatakan tidak menyediakan kerusi untuk para pelawat.
Sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa duduk atas lantai terutama bagi warga emas dan mereka yang tidak berdaya. Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat berhubung isu berkenaan, bagaimana pihak hospital 'tergamak' bertindak sedemikian. 
Tidak kasihankah dengan warga emas yang tidak mampu berdiri lama sehingga terpaksa duduk atas lantai sahaja? Netizen turut mengecam seterusnya menjadikan ia satu isu yang viral. 
Tak mahu isu tersebut berlarutan dan juga menyebabkan masyarakat salah faham, seorang doktor yang juga berkhidmat di hospital terbabit membuka mulut.
"Untuk makluman, hospital kami ada 9 tingkat. Ada 4 lift terus ke lobi, 4 lift di bahagian tepi. Kami ada purata pesakit di wad dalam 450 orang sehari. Kami ada staf 400 orang satu syif. Itu tak masuk pelawat-pelawat lagi.
"Cuba bayangkan, kalau perlu keluar cepat seperti ada bom, kebakaran, semua akan di keluarkan mengikut lobi ini. Pesakit yg tak boleh jalan akan melalui lift tepi. Boleh bayangkan tak yang kalau ada kerusi di lobi ianya menjadi penghalang," ujar doktor yang dikenali sebagai Rafidah Abdullah. 
Dia juga menasihat para pelawat agar tidak meneruskan niat mereka datang ke hospital jika diri sendiri tidak sihat dan juga tidak berdaya.
"Beringatlah, kalau tak kuat atau tak sihat, JANGAN melawat orang lain di hospital.Mereka inilah yang kita perlu lawat, DI RUMAH," katanya lagi. 
Ternyata, penjelasan doktor ini telah membuka mata ramai pihak tentang mengapa kerusi tidak disediakan di ruang lobi hospital.
"Penerangan yang sangat padat, tepat dan jitu."
"Manalah kami masyarakat tahu, tapi bila doktor jelaskan baru kami paham."
Kesimpulannya, selidikilah terlebih dahulu apa sahaja maklumat yang dipaparkan melalui laman sosial. Jangan kerana berasakan diri terlalu peka, anda sudah memberikan maklumat salah kepada masyarakat, dan mereka yang membacanya juga sudah membuat penilaian yang tidak tepat  terhadap sesuatu institusi itu. - CARI 
loading...

1 Response to "Biarkan Pelawat Hospital Duduk Atas Lantai,Ini Jawapan Doktor Malaysia"

  1. But still..to me this is ridiculous. .kalau iyer pon x mau kerusi2 jadi penghalang,takkan lah x boleh nak susun di bahagian tepi dinding untuk kegunaan warga tua yang 'teringin ' nak melawat anak cucu yg sedang terlantar sakit!

    ReplyDelete

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close