TELATAH BILA LELAKI INGIN MASAK ASAM PEDAS

loading...
TINGGAL DI DOHA MACAM-MACAM TERINGIN..INGAT NAK BUAT ASAM PEDAS PARI..MASUK MARKET BASAH TOK ARAB NIEE NAMPAK SEKOR IKAN PARI DAH MACAM KENA SELINGKUH DAH..RASA NAK BELI PUN JADI MUANG MACAM BINI MENGANDUNG 3 BULAN


SEWAKTU aku hampir tiga bulan aku di Doha, sepanjang tempoh itu, aku masih belum berjumpa dengan ikan pari, kembung atau selar. Atau mana-mana ikan yang biasa dijumpai di Malaysia.
Aku masih ingat, seminggu selepas berada di sini, tekak mengidam ikan tenggiri. Pertama kali jumpa ikan itu ialah di restoran Taste of Asia yang terletak di Matar Qadeem Street.
Kemudiannya aku cari sendiri di pasar raya Lulu dan Al Meera. Sewaktu berada di bahagian ikan, aku agak kaget mencari ikan tenggiri sebab aku tak tahu nama antarabangsanya.
Belum sempat nak mencari di Google, aku terjumpa ikan bernama King Fish. Bentuk memang nampak macam tenggiri. Setelah dimasak rasa pun lebih kurang sama.
Kali kedua aku mencari ikan, tak berjumpa King Fish, malah ikan lain yang ada pun agak pelik pada pandangan mata aku. Ada yang berwarna kuning siripnya, dan ada yang berbelang kelabu. Agak cantik pula pada pandangan mata aku untuk dimasak.
Seolah-olah ikan tersebut memang dibiar hidup di dalam akuarium sebagai peliharaan. Tak sanggup nak aku siang, potong dan memasaknya.
Tiba tiba aku ternampak ikan barracuda. Nampak macam tenggiri pun ada, macam kurau pun ada. Aku beli seekor dan mencubanya. Menu pertama goreng dengan bawang, dan menu kedua masak asam. Boleh tahan juga rasanya.
Setelah berjaya masak asam dengan barracuda, aku cuba mencari ikan pari. Pari mesti lebih sedap kalau dimasak asam. Tapi Doha menghampakan aku. Sampai sekarang aku belum jumpa ikan pari. Cuba nasib di pasar raya Carefour juga tidak berjaya. Akhirnya salmon saja menjadi mangsa.
Dan salmon di sini - mak datuk - mahalnya melampau. Sepotong boleh mencecah sehingga 45 riyal sedangkan di Malaysia aku rasa dengan saiz yang sama lebih kurang RM28 sahaja.
Harga ikan-ikan di Doha mahal. Malah jenis ikan yang dijual pun jenis dalam kategori mahal mengikut keadaan di Malaysia, seperti kurau, kerapu, salmon, yu dan lain-lain.
Khabarnya di suatu bahagian di Corniche, ada nelayan menjual ikan segar. Namun aku masih belum berkesempatan di sana.
Kawan-kawan ada mencadangkan supaya mencuba ikan yu. Goreng pun sedap kata mereka. Tetapi saat melihat ikan itu di pasar raya, terus tekak aku berasa loya.
Aku pernah juga mencuba white fish atau ikan putih. Sebab ianya lebih murah walaupun dijual secara beku, dan kebiasaannya ada dalam lima hingga enam ketul setiap satu paket.
Tetapi yang ruginya, bila digoreng atau digulaikan, isinya besar itu akan mengecut. Malah kadang kadang melekat di kuali.
Aku rasa ikan putih ini sepatutnya elok disalut tepung seperti tempura sebelum digoreng. Tetapi tidak pernah pula aku mencubanya.
Apa yang aku tahu, di sebuah restoran Malaysia di sini, ada menjual hidangan ikan masam-masam manis. Dan aku rasa mereka menggunakan ikan putih ini. Jika tidak pun, ikan barracuda.
Aku berkira-kira, misi pencarian ikan pari, kembung dan selar perlu diteruskan. Ikan pari tu kalau dapat, boleh buat masak asam portugis, manakala ikan kembung atau selar itu, kalau dapat, digoreng garing bersama bawang kemudian perah limau kasturi atau nipis. Masya-Allah, sedapnya!
“Bal, hari cuti nanti kau ada buat apa-apa tak?” tanya Along suatu hari.
“Tak ada pulak. Kenapa?” soal aku semula.
“Jom pergi Corniche nak? Cari ikan pari.”
Wah! Ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Bagaikan orang mengantuk dihidupkan penyaman udara. Tanpa perlu tunggu apa-apa, aku terus bersetuju.
Corniche adalah kawasan persiaran pinggir pantai yang memanjang sehingga beberapa kilometer. Jika kau berada di udara dan memandang ke bawah, Corniche ini berbentuk C atau ladam kuda - bermula dari Old Salata sehingga merentasi City Center.
Sepanjang Corniche ini adalah Corniche Street yang menjadi laluan utama yang menyambungkan West Bay dengan selatan bandar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Doha.
Mengikut mereka yang sudah lama di Doha, jalan raya di Cornihce yang dibina dahulu sebelum di tempat-tempat lain. Sebab itu, sistem jalan raya di Doha, ke mana saja kau pergi, akhirnya akan bertemu Corniche semula.
Ia mula dibentuk dan dibina pada penghujung 1970-an dan mengubah bentuk pinggir laut di sini. Corniche pada hari ini adalah lokasi terkenal bagi tujuan riadah ringan seperti berjalan kaki, bersantai, joging dan berbasikal.
Selain pemandangan yang cantik pada siang hari, ia dihiasi dengan susunan bot-bot nelayan dan juga aturan bangunan yang pelbagai rupa dari City Center yang kejauhan.
Di tengah Corniche ada satu tempat ditandakan dengan binaan tiram gergasi. Ia mengingatkan orang ramai bahawa tempat itu suatu ketika dulu sibuk dengan aktiviti mencari tiram dan mutiara oleh penduduk setempat.
Pada malam hari Corniche bertukar jadi tempat jualan ikan segar yang dipunggah dari bot-bot nelayan, atau setidak-tidaknya itulah yang diberitahu kepada aku.
Malam itu, dengan dibungkus rasa hangat sejak siang - suhu 36 darjah Celsius dan kelembapan sebanyak 71 peratus - aku dan Fariz (atau lebih mesra dipanggil Along) berjalan dari penginapan kami di Old Salata menuju ke Corniche dalam misi mencari ikan.
Antara tujuh hingga 10 minit kemudian kami tiba di destinasi. Kami tidak terus mencari ikan, sebalikmya singgah dulu di bistro Halul untuk mengisi perut. Halul satu-satunya tempat ala-ala restoran mamak di Malaysia yang mempunyai tempat duduk di luar.
Tidak seperti kebanyak kedai atau restoran yang lebih bersifat tertutup, Halul lebih terbuka dan amat sesuai dengan jiwa kami orang Malaysia yang suka melepak sambil menikmati teh.
Kehangatan mula membakar tubuh kami, kerana bahang  mula mengisi kegelapan malam. Selesai makan, kami berjalan kembali menuju ke tempat jualan ikan. Ada kira-kira 10 ke 12 peniaga menjual ikan masing-masing.
Terdapat pelbagai jenis ikan dan beberapa jenis ketam yang dipamerkan. Pelbagai pelanggan yang datang, namun kebanyakannya adalah warga India dan Pakistan.
Aku terserempak dengan tiga pelancong dari China yang sibuk memilih ikan. Ada juga beberapa orang Qatar membeli ikan di situ. Harga? Boleh tahanlah, dengan kebanyakannya berharga 10 riyal sekilogram.
“Hah, itu pari,” tuding aku menunjukkan kepada Along beberapa ekor pari yang bersaiz kecil dilambak di atas tembok.
“Cantik!” jawab Along.
“Berapa ni?” tanya Along kepada nelayan yang berniaga.
“Seekor 10 riyal.”
“Wah! Murah!” kata aku. Sudah terbayang pari masak asam pedas.
“Ok. Boleh siang dan potong?” tanya Along.
“Ha?” soal nelayan tersebut sambil mencegilkan mata.
“Sianglah, potong-potong,” kata Along sambil membuat isyarat memotong ikan dengan tangannya.
“Potong sendirilah!” jerkah nelayan tersebut.
Aku dengan Along terkedu.
“Macam mana Bal? Kau tahu potong ikan pari tak?”
“Kau ni Long, memang tentu tidaklah!”
“Kah kah kah!” gelak Along.
“Nak atau tidak?” tegur nelayan mematikan gelak ketawa kami.
“Tak payahlah,” jawab Along.
“Apalah!”
“Ha ha ha,” ketawa kami menderas malam itu dengan bahang yang semakin melekit sambil dijegil sepasang mata nelayan yang gagal menjual ikan parinya. Nampaknya kami akan ke Carefour sahajalah nanti.
loading...

0 Response to "TELATAH BILA LELAKI INGIN MASAK ASAM PEDAS"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close