loading...
Kolkata: Doktor di India berjaya mengeluarkan ketumbuhan sebesar bola sepak seberat 20 kilogram dari perut seorang lelaki yang sebelum ini menyebabkan dia hampir mati.
Shyamal Tirke, 49, terpaksa dikurung oleh keluarganya yang malu dengan keadaannya selepas penduduk kampung mendakwa perutnya begitu besar kerana dimasuki hantu.
Keluarganya sebelum itu berusaha merawatnya dengan bantuan seorang dukun. Usaha itu bagaimanapun gagal.
Dalam pada itu, ketumbuhan berkenaan semakin membesar dan menghimpit organnya, menyebabkan dia muntah setiap kali makan.
Dia akhirnya menjalani pembedahan selepas beberapa jiran mencadangkan keluarganya membawanya menjalani pemeriksaan percuma di sebuah hospital.
Tiga doktor di Hospital Memorial Seth Sukhlal Karnani menghabiskan masa dua jam setengah untuk membuang ketumbhan berkenaan yang dikenali sebagai Retroperitoneal Liposarcoma.
Doktor Partha Sarathi Ghosh yang mengetuai pembedahan itu berkata, ini kali pertama pasukan perubatan hospital itu membuang ketumbuhan sebesar itu.
“Ketumbuhan itu sungguh aneh. Bagaimanapun, Shyamal kini dalam keadaan baik dan akan kembali menjalani rutin hariannya tidak lama lagi,” katanya.
loading...
0 Response to "Masya Allah !! Lelaki Ini Menderita didalam Rumah Dikurung Oleh Keluarganya kerana menghidap Ketumbuhan didalam perut seberat 20kg !!"
Post a Comment