ISTERI TARIK MUKA SAYU YG AMAT BILA SUAMI PERLI MACAM NIE..!!! Abang Terpaksa Cari Isteri Baru, Awak Asyik Lahirkan Anak Perempuan Je !

loading...
ISTERI TARIK MUKA SAYU YG AMAT BILA SUAMI PERLI MACAM NIE..!!! Abang Terpaksa Cari Isteri Baru, Awak Asyik Lahirkan Anak Perempuan Je !
Cerita ini dikongsikan oleh Doktor Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah yang mempunyai pengalamannya menemui lelaki yang tidak mempunyai naluri hati perut . Masakan tidak kerana ketika isterinya baru bersalin. Hanya kerana tidak mendapat anak lelaki yang diinginkan, lelaki itu sanggup menyakiti hati si isteri dengan kata-katanya yang tidak masuk akal.

Sedia tisu , nak baca . Share jika bermanfaat . Kisah teladan , kisah hidup berumahtangga.
Sang suami & anak lelaki
Selepas tamat pengajian pada 2004, saya menghabiskan housemanship (internship) saya dlm Jabatan Perubatan & Pembedahan di Ireland. Pulang ke Malaysia , saya menyambung housemanship selama 4 bulan dlm Bidang Perbidanan & Sakit Puan. 4 bulan yang penuh pengalaman yang sukar dilupakan
Wanita yang sudah ada 2 org anak, hamil anak luar nikah dengan kekasihnya. Remaja 15 tahun yang dirogol bapa tirinya, hingga melahirkan anak.
"Single parent" yang lari dari wad selepas melahirkan, meninggalkan bayinya
i wad. Wanita yang sukar hamil, selepas 10 tahun bernikah akhirnya hamil tetapi kehamilan yang sgt mencabar kerana berat badannya hampir 120kg.
Pengalaman "diterajang" di bahagian perut oleh pesakit yang kesakitan hendak melahirkan, sedangkan ketika itu saya juga hamil.
Tetapi ada satu pengalaman yang betul-betul membuat saya marah.
Seorang wanita, bersabung nyawa melahirkan anak ke tiga, dengan suami di sisi. Sempat suaminya berkata dengan saya, "Harap-harap dapat anak lelaki. Sebelum ini dah 2 orang perempuan".
Saya hanya tersenyum, dalam kesibukan membantu ibu muda itu. Dalam hati saya, apa yang penting ketika itu adalah nyawa ibu dan bayi itu.
Sebaik sahaja bayi comel itu lahir, saya dan jururawat bertugas mengucapkan syukur Alhamdulillah. Terlihat wajah gembira dan lega pada si ibu.
Berbeza dengan si bapa, apabila dia melihat anaknya perempuan. Takkan saya lupakan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.
Katanya ,"Terpaksa cari isteri baru lah macam ni. Nak dapat anak lelaki," sambil tersenyum kelat.
Tiada ucapan terima kasih utk si isteri yang baru sahaja menanggung kesakitan melahirkan zuriatnya.
Tiada kucupan tanda kasih buat si isteri.
Yang ada hanya kata-kata yang pastinya menyinggung hati pasangannya.
Saya tidak dapat menyembunyikan wajah marah saya. Saya kerling si ibu muda yang masih keletihan, sedang dibersihkan oleh jururawat selepas uri dikeluarkan. Dia cuba tersenyum kepada saya, seolah berkata "Tak mengapa, doktor."
Saya keluar dari bilik itu secepat mungkin sebelum saya berkata sesuatu yang saya mungkin kesali kemudian hari.
Kalaupun sang suami itu mungkin tidak mengetahui bahawa hanya chromosome X dan Y darinya yang bakal menentukan jantina anak, bukan salah sang isteri anaknya semua perempuan, bukankah sebagai seorang yang beriman, kita wajib meyakini itu semua qadha & qadar Allah?
Jangan rendahkan diri serendah orang jahiliyah seperti yang dikecam Allah dlm Surah An-Nahl.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat iman kita.
sumber: kakishare
loading...

0 Response to "ISTERI TARIK MUKA SAYU YG AMAT BILA SUAMI PERLI MACAM NIE..!!! Abang Terpaksa Cari Isteri Baru, Awak Asyik Lahirkan Anak Perempuan Je !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close